![OJXLEJ1 [Converted]-03](https://klinikpergigianmaju.com/wp-content/uploads/2021/05/OJXLEJ1-Converted-03.png)
Pendakap Gigi
Kami menyediakan pelanggan dengan rawatan berkualiti terbaik, harga yang berpatutan dan deposit rendah untuk memberi manfaat kepada pesakit kami. Dirawat secara rasmi oleh Pakar Ortodontik yang diperakui KKM.
![OJXLEJ1 [Converted]-04](https://klinikpergigianmaju.com/wp-content/uploads/2021/05/OJXLEJ1-Converted-04.png)
Periodontik
Periodontik fokus kepada penyakit radang yang merosakkan gusi dan struktur lain di sekitar gigi. Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala periodontitis seperti;
- Gusi bengkak
- Gusi merah, merah gelap atau merah ungu
- Gusi yang terasa lembut ketika disentuh
- Gusi yang mudah berdarah
- Sakit ketika mengunyah
Segera hubungi kami untuk mendapatkan nasihat dan rawatan yang berkesan
![OJXLEJ1 [Converted]-02](https://klinikpergigianmaju.com/wp-content/uploads/2021/05/OJXLEJ1-Converted-02.png)
b. Pediatrik Pergigian untuk Kanak-kanak
Kanak-kanak dinasihatkan untuk memula lawatan ke klinik pergigian seawal usia enam bulan hingga setahun. Di Klinik Pergigian Maju, kami memastikan untuk mewujud suasana mesra kanak-kanak sambil memberi rawatan pencegahan dan pemulihan yang diperlukan oleh anak anda. Kami juga memberi hadiah ais krim percuma untuk anak-anak anda selepas rawatan pencabutan gigi!
![OJXLEJ1 [Converted]-01](https://klinikpergigianmaju.com/wp-content/uploads/2021/05/OJXLEJ1-Converted-01.png)
Pergigian Kosmetik
Mahukan ‘smile makeover’? ‘Smile makeover’ adalah proses memperbaiki penampilan senyuman anda melalui beberapa prosedur pergigian kosmetik yang kami sediakan seperti implan gigi, pemutihan gigi, Veneer dan berlian gigi. Kami pasti menggunakan pelbagai teknologi untuk menujuk perubahan senyuman yang anda impikan.
![OJXLEJ1 [Converted]-06](https://klinikpergigianmaju.com/wp-content/uploads/2021/05/OJXLEJ1-Converted-06.png)
Restoratif & Endodontik
Rawatan Restoratif memberi tumpuan kepada prosedur doktor gigi untuk memastikan mulut anda sihat dan berfungsi sepenuhnya. Di Klinik Pergigian Maju, kami menjalani beberapa prosedur ini termasuk cuci danpolish,tampalan dan crowns and bridges.
![OJXLEJ1 [Converted]-05](https://klinikpergigianmaju.com/wp-content/uploads/2021/05/OJXLEJ1-Converted-05.png)
Pembedahan Pergigian
Doktor gigi kami mendesak kepentingan merawat keadaan mulut anda yang kritikal. Di Klinik Pergigian Maju, Shah Alam, kami menawarkan perkhidmatan yang berpatutan dan berkualiti tinggi seperti pembuangan gigi wisdom dan pencabutan gigi.